Dalam kehidupan sehari-hari kita sebagai manusia pasti banyak sekali melakukan tindakan atau perbuatan yang tanpa kita sadari merupakann sesuatu yang tidak disukai atau dicela oleh Alloh SWT.
Seperti yg dijelaskan oleh SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati mengenai celaan Allah kepada manusia akan kelakuan dan tabiat manusia sendiri dalam kehidupan sehari-hari.
Celaan2 itu berdasarkan sikap yang lazim dilakukan manusia diantaranya :
Riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Suka berbangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
Sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
Menomer satukan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).
Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
Kedekut Rezeki
Yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
Dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perpecahan sesama manusia.
Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
Friday
Sikap manusia yang dicela Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah saluttttt bt mb..nice blog,
ReplyDeletemb kl orang suka ngmngn orang,,trmsk nda
semoga alloh melancarkn dakwah mb..amin
ReplyDeletebisa di + KKN ?
ReplyDelete'ajiiiiib
ReplyDeletetulisan yang sangat bagus ukhti'. minta ijinnya untuk d copy.syukran :)
ReplyDelete